Thursday, June 16, 2016

Peminat Terkejut Terima Hadiah Daripada Sarah Jessica Parker




Sarah Jessica Parker menghadiahkan kasut kepada tiga peminatnya.
PELAKON Sarah Jessica Parker memberi kejutan kepada tiga bakal pengantin dengan menghadiahkan mereka sepasang kasut daripada jenamanya SJP Collection.

Female First melaporkan Sarah tiba-tiba muncul ketika peminat bertuah itu sedang mencuba baju pengantin dengan membawa hadiah untuk mereka.

"Saya adalah individu yang paling gembira hari ini kerana dapat membahagiakan orang lain.

"Diharap hadiah ini dapat melengkapkan hari bahagia anda nanti," katanya.

Ketiga-tiga wanita berkenaan yang dikenali sebagai Taylor, Hilary dan Kaitlin itu terkejut dengan kemunculan pelakon terkenal itu dan tidak menyangka dapat menyarungkan kasut rekaan Sarah pada hari bahagia mereka nanti.

"Melihat Sarah muncul di pintu sudah cukup mengujakan apatah lagi dapat hadiah daripadanya," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: