Thursday, June 16, 2016

Anak Lelaki Ikut Jejak Langkah Cindy Crawford Jadi Model




Presley Gerber membuat kemunculan pertama sebagai model bagi menggayakan koleksi Jeremy Scott Moschino.
ANAK lelaki kepada supermodel terkenal dunia, Cindy Crawford iaitu Presley Gerber mengikut jejak langkah ibunya untuk menjadi sebagai model.

Us Weekly melaporkan Presley, 16, muncul buat pertama kali di pentas peragaan baru-baru ini bagi menggayakan koleksi Jeremy Scott Moschino.

Malah anak kepada model Yolanda Hadid iaitu Anward Hadid turut berkongsi pentas dengan Presley pada acara itu.

Kaia Jordan Gerber, Cindy Crawford dan Rande Gerber turut hadir bagi menyaksikan peragaan pertama Presley.
Remaja itu menerima pelbagai ucapan tahniah daripada pengikut laman sosialnya termasuk daripada keluarganya.

Malah Cindy turut memuat naik gambar anaknya itu di Instagram dan memberitahu berasa seronok dan bangga dapat melihat Presley berjalan di pentas peragaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: