JAWA TIMUR - INDONESIA.  Kira-kira 32 ekor ikan paus ditemui terdampar di kawasan perairan laut Probolinggo, Indonesia dan sebahagian daripada haiwan mamalia itu ditemui mati.
Kesemua ikan paus itu dipercayai berada di situ sejak Rabu lalu dan hanya beberapa ekor sahaja berjaya pulang semula ke laut dalam.
Ketua Pejabat Pengurusan Sumber Maritim yang dikenali sebagai Wahid berkata, beberapa paus berkenaan hadir ke Probolinggo untuk mencari kawasan perairan lebih sejuk yang berkemungkinan suhu habitat mamalia itu kini semakin panas disebabkan perubahan cuaca air laut.
“Kira-kira 25 mamalia ini mendarat di sekitar muara. Daripada jumlah itu, 15 ekor dilihat tidak lagi bergerak,” katanya.