KATHMANDU - NEPAL. Belajar tanpa mengira usia. Itulah semangat cekal yang disemai dalam jiwa Durga Kami, seorang warga emas yang menetap di kawasan pergunungan Nepal.
Beliau sudah berusia 68 tahun, namun tidak segan dan malu untuk kembali semula ke sekolah untuk belajar sama-sama dengan pelajar yang jauh lebih muda daripadanya.
Durga kini digelar sebagai pelajar paling tua di Nepal. Usia tua dengan kesihatannya agak uzur malahan masalah perjalanan yang jauh tidak sedikitpun menjejaskan rutin hariannya untuk pergi ke sekolah.
Setiap awal pagi, Durga akan memakai pakaian sekolahnya dan memulakan langkah lemah dengan bantuan tongkatnya untuk menuju ke sekolah.
Datuk yang sudah mempunyai lapan cucu ini terpaksa berjalan lebih daripada sejam sebelum tiba di sekolah.
Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin, ketika kecil, Durga tidak mempunyai peluang untuk masuki ke sekolah seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya.
Walaupun cita-citanya ingin menjadi seorang guru, tetapi impiannya itu hanya tinggal impian.
Akhirnya peluang Durga untuk masuki ke sekolah menjadi kenyataan.
Tetapi dia bukan lagi berusia belasan tahun seperti kawan-kawan dalam kelasnya, tetapi adalah seorang lelaki tua yang berwajah kedut, bermisai dan berjanggut panjang berwarna putih.
Isteri Durga sudah lama meninggal dunia dan mempunyai enam anak, namun semuanya meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki di daerah lain.
Demi tidak ingin membiarkan waktunya dihabiskan tanpa faedah, Durga lalu mendaftarkan namanya untuk memasuki ke sebuah sekolah menengah yang paling dekat dengan rumahnya.
Di sekolah, Durga tidak mempunyai sebarang keistimewaan sebaliknya dilayan seperti pelajar-pelajar lain. Dia duduk dalam kelas yang sama dengan murid-murid lain.
Apabila ada kegiatan luar, beliau turut terlibat dengan bermain bola biarpun tidaklah secergas murid-murid lain.
Dengan waktu sekolah enam hari seminggu, Durga tetap tabah tanpa menghiraukan penat dan lelah. Beliau hanya mempunyai satu azam, iaitu menuntut ilmu sampai menghembuskan nafas terakhirnya.
Kata Durga, beliau harap ada orang lain boleh melakukan seperti apa yang dilakukannya hari ini.
"Kalau lihat wajah saya yang sudah berjanggut panjang dan putih masih mahu pergi ke sekolah, apakah orang-orang yang lebih muda daripada saya tidak mempunyai cita-cita untuk belajar lagi?" kata Durga.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: