SELEBRITI serba boleh, Jep Sepahtu mengakui semakin jatuh cinta dengan kariernya dalam bidang penyiaran selepas lebih enam bulan menjadi penyampai radio di Sinar FM.
Katanya, perasaan itu timbul disebabkan rasa selesa terhadap suasana yang ada dalam konti radio.
“Saya seronok menjadi penyampai radio. Saya rasa sudah mula jatuh cinta dengan karier ini walaupun saya pernah menolak sebelum ini. Alhamdulillah, sudah tiba masanya saya mencuba sesuatu yang baru,” katanya kepada Zass ketika ditemui di Majlis Sidang Media & Pra Tonton Program Ramadan Astro.
Jep dan dua pelawak lain, Shuib serta Rahim kini mengendalikan program Sarapan Pagi Sinar FM yang dikenali sebagai Sepahtu Sinar setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 hingga 10 pagi.
Tambah Jep, situasi itu juga bertitik tolak daripada keserasian yang tercipta sesama rakan penyampainya.
“Salah satu sebab saya selesa mungkin kerana keserasian yang ada di antara kami. Jadi, apabila bekerja, rasanya seperti berjumpa dengan kawan-kawan di kedai mamak dan berborak sambil bergelak ketawa. Itu yang membuatkan saya rasa seronok," katanya.
Terus fokus sebagai penyampai radio, pemilik nama sebenar Mohd Nadzri Zainal Abidin ini mengakui terpaksa mengehadkan aktiviti seninya sebagai pelakon dan pelawak.
“Saya mengaku sudah lama tidak berlakon. Kali terakhir saya berlakon menerusi drama Sepahtu Reunion. Tetapi, sebenarnya saya memang agak cerewet dalam kerja.
“Saya hanya akan menerima sesuatu tawaran sekiranya selesa untuk bekerja selain watak yang bersesuaian. Saya tidak mahu menyusahkan orang lain.
“Dalam soal melawak pula, saya bukan berhenti melawak kerana saya masih lagi mengekalkan elemen komedi di dalam radio,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: