Thursday, June 16, 2016

Erra Fazira Terkejut Gosip Dirisik, Kahwin Shahir (AF8) Aidilfitri Depan



Erra Fazira
KUALA LUMPUR: Aktres Erra Fazira terkejut dengan gosip terbaharu kononnya sudah dirisik juara Akademi Fantasia ke lapan (AF8) dan bakal melangsungkan perkahwinan selepas Aidilfitri depan.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 42, berkata, sekiranya benar seperti apa yang didakwa, dia sebagai empunya diri seharusnya lebih tahu mengenai hal itu.

“Dulu pun pernah kecoh pasal isu ini tapi tiada apa-apa pun yang berlaku antara kami, bukan? Sama juga dengan spekulasi kali ini. Kalau benar ada rombongan merisik itu, kenapa saya tidak tahu? Sepatutnya sebagai empunya diri saya perlu tahu kiranya di pihak sana berhajat tentang perkara itu.

“Benar, kami memang berkawan rapat. Adatlah bila berkawan adakalanya akan melalui fasa-fasa seterusnya dan apa fasa-fasa itu biarlah saya sendiri yang simpan. Berkongsi sesuatu yang masih tidak pasti ianya jadi tidak manis. Jadi saya tak nak komen lebih,” katanya.

Shahir AF8
Shahir sudah sekian lama digosipkan dengan Erra.
Erra  ditemui pada majlis sidang media KL Raya Fest anjuran Mood Republik yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Erra bagaimanapun tidak menafikan dia dan Shahir kerap berhubung secara atas talian namun tidak bersedia untuk berkongsi kepada umum apakah topik perbualan mereka.

“Sebagai kawan, bukanlah sesuatu yang pelik untuk  kami bertanya khabar  dan saya harap perkara ini tidak perlu dijadikan isu. Begitu juga soal Shahir menyepi kebelakangan ini. Ia tiada kaitan dengan saya kerana sebelum kenal saya lagi, Shahir sudah ambil sikap untuk lebih low profile,” katanya.
Sementara itu berkongsi tentang kerjaya seninya pula, Erra berkata dia belum mengambil langkah untuk 'cuci tangan' bagi menamatkan karier seperti  yang diperkatakan  sebelum ini. Bagaimana dia akui dalam proses ke arah memperlahankan akiviti seni secara beransur-ansur.

“Ramai orang ingat saya dah berehat panjang dari industri seni kerana kurang produktif dengan penghasilan filem-filem dan lagu-lagu baru. Sejujurnya saya memang ada niat terniat untuk mengundurkan diri secara perlahan-lahan kerana ingin memberi perhatian kepada keluarga dan perniagaan.

“Adanya saya dalam industri seni hari ini pun banyak didorong oleh perminataan dan sokongan peminat. Justeru hasrat untuk berehat itu terbantut buat masa ini dan saya percaya waktu itu akan tiba juga,” katanya.


Antara artis dan mereka yang terlibat dalam KL Raya Fest 2016.
Dalam pada itu mengenai KL Raya Fest 2016, Erra antara artis yang mengambil bahagian untuk sama-sama  berniaga produknya,  Rara Cookies.

Selain Erra, antara artis popular lain yang terlibat dalam karnival  berkenaan ialah Rozita Che Wan, Zain Saidin, Anzalna, Tomok, Izzue Islam, Mira Filzah, Emma Maembong dan Wawa Zainal.

Ia akan diadakan di PWTC selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Jun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: