KOTA BHARU - Syarikat basikal tempatan, Bunnyhop Station berhasrat mengembangkan perniagaan spa dan jualan basikal jenama Taokas ke seluruh Malaysia dengan sasaran satu negeri, satu Bunnyhop.
Pemiliknya yang mempunyai kepakaran bidang sains komputer, Khairul Affan Hassan berkata, beliau turut menjual basikal Taokas yang sesuai dan selesa berdasarkan saiz badan dan ketinggian orang Asia.
“Kita mempunyai mekanik dilatih khas di Singapura yang menggunakan komponen tertentu, yang mana sebelum ini untuk servis, perlu dihantar ke ibu kota, tetapi sekarang boleh buat di Kelantan, iaitu satu-satunya Bunnyhop di Malaysia.
“Bunnyhop merancang untuk kembangkan perniagaan mungkin dari satu negeri ke satu negeri selepas ini,” katanya semasa Majlis Pelancaran Bunnyhop di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di di sini.
Khairul Affan berkata, mengeluarkan modal sendiri kira-kira RM300,000, Bunnyhop yakin penuhi permintaan pasaran memandangkan basikal Taokas sudah mula mendapat permintaan kira-kira 15 basikal biarpun baru dilancarkan.
“Kami mendapat tawaran selepas melawat kilang Taokas di Taipei, malah apa yang istimewanya, ia tidak sama seperti basikal premium yang lain, sebaliknya ia lebih selesa ditunggang untuk mencapai prestasi yang pada tahap ditetapkan.
“Harga basikal ini agak murah berbanding jenama lain bermula dari harga RM2,000 hingga RM28,000 dengan kualiti yang baik, malah kami mempunyai empat atlet bertanding peringkat kebangsaan,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: