Saturday, May 7, 2011

Hotel bajet bertaraf 'empat bintang'


DENGAN tawaran harga yang sangat berpatutan pelanggan pasti berasa puas menginap di Hotel Metro Inn, Arau.


BAGI pengunjung Arau, Perlis sama ada untuk urusan perniagaan atau peribadi, mereka tidak perlu lagi bersusah payah berulang-alik dari Kangar ke bandar diraja itu disebabkan masalah penginapan. Malah, pengunjung tidak perlu lagi bimbang bermalam di Arau kerana di bandar tersebut sudah terdapat hotel yang mesra pelanggan di samping kedudukannya berhampiran kawasan strategik.

Hotel Metro Inn, Arau kini merupakan satu-satunya hotel yang menawarkan kadar harga hotel bajet tetapi keselesaan bilik bertaraf empat bintang.

Dilengkapi dua bilik suite, 24 deluxe, 16 superior dan lapan standard, Metro Inn menjadi tarikan utama pengunjung ke bandar Arau kerana kedudukannya strategik dan menepati cita rasa.

Harga biliknya mengejutkan kerana cukup murah dibandingkan keselesaan ditawarkan iaitu RM158 (suite), RM128 (deluxe), superior (RM88) dan RM68 standard.

Setiap bilik disediakan kemudahan Internet tanpa wayar (WiFi) dan saluran televisyen berbayar Astro manakala kunci pintunya menggunakan kad sesentuh, sesuai konsep moden.

Hiasan biliknya ringkas dengan pelbagai corak warna ceria di dinding menyedapkan mata memandang di samping atur letak peralatan yang pasti menceriakan pelanggan. Hotel di Jalan Dua, Kompleks Tok Arau, Jalan Arau - Kodiang itu memudahkan pelanggan menjalankan urusan di Arau, apatah lagi kedudukannya betul-betul di depan laluan utama ke Kangar dan Kuala Perlis malah berhampiran Lebuh raya Kuala Perlis-Bukit Kayu Hitam yang menyambung perjalanan ke Kedah dan berdekatan pintu masuk negara jiran Thailand di Padang Besar.

Kebanyakan pelanggan memilih Metro Inn disebabkan kedudukannya di dalam kompleks perniagaan, jarak berjalan kaki untuk ke pasar raya, restoran, kedai 24 jam, klinik, bank dan sebagainya. Ia juga paling hampir dengan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad Arau hanya dua minit memandu kenderaan.

Menurut Eksekutif Kanan Metro Inn, Yusri Yunus (gambar), keistimewaan lain hotel tersebut ialah kesemua bilik dilengkapi televisyen paparan cecair kristal (LCD) supaya pelanggan dapat menonton dengan rancangan kegemaran mereka dengan memuaskan.

"Kami mahu pelanggan terhibur sepanjang berada di hotel ini sesuai dengan tagline kami Hotel Untuk Semua," katanya.

Yusri memberitahu, ketika promosi harga bilik ditawarkan serendah RM108 (deluxe), RM68 (superior) dan RM48 (standard).

"Lebih istimewa, pelanggan tidak perlu menunggu lama, sama ada untuk pendaftaran masuk atau keluar dari hotel kerana ia menggunakan sepenuhnya sistem komputer," tambahnya.

"Anda cuma perlu serah kad pengenalan untuk daftar, kakitangan hotel masukkan semua data dalam sistem untuk disimpan. Ia memudahkan anda apabila datang sekali lagi, cuma berikan sahaja kad pengenalan tanpa perlu isi borang," katanya.

Jadi, tidak hairan sejak dibuka pada 25 Oktober tahun lalu, Metro Inn mendapat sambutan menggalakkan ia kini merupakan satu-satunya hotel di Arau.

"Sekarang mudah untuk sesiapa sahaja ke Arau kerana tidak perlu lagi tinggal di tempat lain dan menjalankan urusan di sini (Arau) sebagaimana suatu ketika dahulu," kata Yusri.

Lokasi Metro Inn berdekatan pusat komersial dan institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sehubungan itu, kata Yusri, mereka yang ingin merasai keselesaan menginap di Metro Inn boleh menghubungi talian 04-9866555 atau melayari laman web www.metroinngroup.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: