Thursday, February 18, 2010

Pencuri bisu diberkas


SEORANG jemaah, Abdul Razak Abdul Rashid menunjukkan tabung yang diumpil di Jasin baru-baru ini.


JASIN – Misteri kehilangan wang dalam tabung di tiga buah masjid di sekitar daerah ini sejak awal Februari terjawab apabila polis dapat memberkas seorang lelaki kurang upaya ketika sedang mencuri di Masjid Al-Taqwa Kampung Rim di sini baru-baru ini.

Tangkapan pukul 7.45 pagi pada 8 Februari lalu itu dilakukan selepas polis membuat intipan selepas pihak berkuasa tersebut menerima tiga laporan mengenai kehilangan wang tabung masjid di sekitar daerah ini.

Modus operandi suspek yang bisu berusia 24 tahun itu ialah bertindak sekitar pukul 8 pagi antara Isnin dan Jumaat dengan memilih masjid yang tidak mempunyai pengawal keselamatan dan akan menggunakan alat pemotong untuk membuka kunci tabung.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: