Sunday, February 14, 2010

Mata gadis dikhuatiri buta tertusuk buluh


AZIYANA menunjukkan bagaimana kejadian adiknya, Nor Farihin cedera tertusuk buluh di Flat Susur Jalan Barli, Johor Bahru semalam.



Nor Farihin menunjukkan matanya yang cedera ketika ditemui di HSA, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - "Saya risau mengenangkan nasib diri yang berkemungkinan buta sebelah mata kiri akibat tertusuk sebatang buluh yang dibaling jiran kakak saya."

Begitu kebimbangan seorang pelajar tahun akhir Politeknik Johor Bahru yang cedera di mata kiri semasa cuba membantu kakaknya yang bertengkar dengan seorang jiran di Flat Susur Jalan Barli, Taman Skudai Kanan di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, mangsa, Nor Farihin Awang, 20, mengunjungi rumah kakaknya, Aziyana, 29, sempena cuti Tahun Baru Cina.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: