![]() |
| FARID KAMIL |
APABILA filem Adnan Sempit berjaya mendapat kutipan yang memberangsangkan dengan jumlah RM7 juta, satu lagi kesan yang tampil daripada sisi yang berlainan adalah persoalan akan ketulenan filem itu sendiri.
Mengambil sedikit tulisan Farid Kamil yang merupakan pengarah filem V3: Samseng Jalanan, daripada blognya bertarikh 6 Februari 2010: "Saya ada menonton Adnan Sempit, apa yang saya boleh cakap adalah hanya pada mula dan akhir cerita itu adalah Adnan Sempit. Di tengah-tengah cerita itu ia adalah V3: Samseng Jalanan yang telah diolah."
Setelah kekecohan berlaku akibat pendapatnya itu, Farid menulis kembali dengan pernyataan meminta maafnya. Adham Idham yang merupakan pengarah Adnan Sempit memberikan komennya terhadap pandangan jujur yang dilemparkan oleh Farid Kamil itu.
Jelas Idham dalam tawa, dia sendiri yang membawa Farid menonton filem tersebut dan saat itu Farid tidak menyatakan sebarang rebiu mengenai 'plagiat' tersebut.
Komen anda apabila seorang pengarah baru seperti Farid Kamil menyatakan 'kesamaan' dalam naskhah kalian?
Saya tidak tahu apa rasional untuk Farid berkata demikian (plagiat). Perkara ini berlaku pada waktu saya sedang sibuk mempromosikan filem terbaru saya, Niyang Rapik. Jujurnya saya tidak mahu hal sebegini mengaburi mata penonton dan memberi kesan kepada filem terbaru saya itu.
Saya sangat terbuka menerima komen Farid dan selaku orang yang sudah lama dalam industri dan serumpun, saya boleh katakan yang Farid tidak faham dengan permainan di dalam industri. Dia perlu belajar.
Lagipun apabila difikirkan kembali, sekarang memang ramai orang suka melepaskan geram di dalam blog masing-masing dan Farid tidak terkecuali.
Mungkin kerana tema dan subjek yang diangkat itu sama, maka timbul cerita persamaan tersebut dalam dua filem yang berbeza?
Bagi saya, kita perlu tonton filem arahan sulung Farid Kamil itu dahulu dan baru boleh kita tahu sama ada ia mempunyai persamaan atau saya menciplak idea dia.
Jadi setulen mana sebenarnya Adnan Rempit itu sendiri?
Pertama sekali kita perlu faham bahawa genre rempit itu bukan hak individu. Saya tampil dengan filem Remp-it selepas Bada Haji Azmi mengeluarkan filem KL Menjerit 1 menggunakan genre rempit. Kalau kita lihat juga, dari dahulu melalui filem Azura dan Gila-Gila Remaja juga sudah mengetengahkan genre tersebut.
Jadi sudah sah ia adalah satu tema yang universal. Kalau tentang isi kandungan, saya tidak boleh komen sebab khalayak masih belum lihat filem V3: Samseng Jalanan.
Tapi apa yang boleh saya katakan, jikalau Adnan Sempit itu tidak eye cactchy atau pengisiannya tidak bagus, tidaklah kita mendapat kutipan yang memberangsangkan hingga RM7 juta.
![]() |
| AHMAD IDHAM |
Atau juga satu prapromosi untuk V3: Samseng Jalanan?
Tentang itu Farid dan khalayak perlu jawab sendiri. Perkara begini ini datang ketika saya sibuk dengan Niyang Rapik. Saya tidak mahu melatah dan tidak mahu melayan perkara sebegini. Saya harap orang luar boleh buat penilaian.
Antara Farid dan Idham sendiri, sebenarnya bagaimana? Ada konflik?
Tidak ada. Saya baru sahaja bertemu dengan Farid di rumah David Teoh tempoh hari untuk sambutan Tahun Baru Cina. Malah kami juga baru sahaja bekerjasama dalam filem Cuti-Cuti Cinta.
Apa yang boleh anda simpulkan dengan 'kekeruhan' ini?
Farid baru dalam industri. Seperti yang saya katakan dia tidak nampak dan tidak tahu lagi permainan dalam industri. Filem pertama arahannya tidak keluar lagi dan sebelum ini sudah berdepan dengan pelbagai halangan.
Faktor-faktor ini mungkin menggugat emosi dan pemikirannya. Cara terbaik yang dia lakukan adalah dengan meluahkannya di blog miliknya. Tapi macam orang katalah, cakap siang pandang-pandang.
Perkembangan Adnan Sempit bagaimana, mungkin akan ada sekuel?
Semua terletak pada pihak penerbit iaitu Metrowealth. Kalau ikut saya, sudah ada cerita pun. Saya mahu jadikan 'Adnan' ini sebagai satu jenama. Mungkin selepas Adnan Sempit akan ada Adnan Drift pula, siapa tahu? Kalau ada rezeki dan orang suka serta mahu, siapa tahu kan?


ala bro...dah dapat 7 juta kira ok le tu. tak yah le nk buat promosi lagi dgn isu2 kontoversi mcm ni. itu idea lapuk da. palagiat ke...apa ke...segala2nya penonton yg tentukan. kitorang dah bosan dgn dunia lu orang. bila ada je projek baru msti nk buat kontroversi(ada udang balik batu le tu). penonton tak mudah diperbodoh2kan.
ReplyDeleteini tektik farid nih. bila dia buat isu ni, harap2 pnonton akan prgi tnton V3-utk cari kbnaran. pas tu ble le dpat 8 juta. he he he
ReplyDeletestandard la tu ... kalau tak create isu, xder publisiti la
ReplyDelete