MANCHESTER - BRITAIN . Secara realitinya dia tidak kelihatan seperti Adolf Hitler, namun seorang lelaki tertekan selepas mendapati gambarnya yang tercetak pada pasport miliknya menyerupai wajah pemimpin itu
Stuart Boyd, 50, berkata dia sangat marah dan tertekan apabila melihat rupanya seperti Hitler tercetak pada pasport miliknya.
"Saya hanya fikir, saya akan memiliki ia selama 10 tahun dan ia tidak boleh dibaiki," katanya yang berasal dari Salford, Manchester.
Stuart membuat pasport pada 22 Mei lalu selepas menempah percutian ke pulau Rhodes, Greek bersama rakannya bulan depan.
Menurut bekas paramedik itu, dokumen itu siap seminggu selepas itu dan berasa kecewa apabila melihat foto yang terpapar di dalam dokumen itu kelihatan seperti dia mempunyai misai dan menyerupai Hitler.
"Kakak serta rakan-rakan menganggap ia adalah kelakar namun saya tidak melihatnya sebagai sesuatu yang lucu," ujarnya dipetik Metro.uk
Tambah Stuart, selepas menjelaskan isu ini kepada Pejabat Pasport, dia diberitahu pihak terbabit tidak sengaja membuat dia kelihatan seperti Hitler dan dia perlu menghantar semula pasportnya  untuk digantikan dengan yang baharu.
Sementara itu, Jurucakap Pejabat Pasport berkata, semua pasport UK dibuat dengan teliti dan diperiksa untuk standard tertentu sebelum dikeluarkan.
'Kami akan menghubungi lelaki itu untuk menyiasat kes ini lebih lanjut," ujar pegawai itu.