BENARLAH seperti yang dijanjikan dalam Islam iaitu selain ibadah, perkahwinan juga merupakan pembuka kepada 1,001 pintu rezeki.
Bersetuju dengan kenyataan itu, pelakon Nas-T atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar Nasruddin turut menerima tempias yang sama.
Menurut Nas-T, rezekinya dalam dunia seni tidak putus-putus selepas bergelar suami kepada model, Atita Haris atau nama sebenar Nur Atiqah Haris, sejak Januari lalu.
“Sebelum ini, ramai kawan saya yang sudah berkahwin bercakap mengenai rezeki selepas mendirikan rumah tangga.
“Malah, mereka juga menyuruh saya agar cepat-cepat berkahwin.
“Awalnya, saya tidak percaya, namun ternyata perkara itu benar. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar,” katanya kepada Zass.
Terbaru, Nas-T dan isteri serta anaknya, Nur Sofia Hazrul Fadhli atau Opie dilantik sebagai duta untuk Koleksi Felinna Raya 2016.
“Sebelum saya berjumpa Atita, saya langsung tidak terlibat dalam bidang peragaan fesyen sebaliknya hanya berfesyen daripada segi pemakaian.
“Selepas berkahwin, dia sudah menarik saya ke dalam bidang fesyen Muslimah.
“Secara tidak langsung, dua kaki saya sudah ‘masuk’ dalam bidang ini. Apa dia buat, saya ikutkan sahaja,” kata Nas-T sambil tergelak.
Jelasnya lagi, kebanyakan pakej tawaran yang diterima adalah secara bertiga dan ia merupakan di atas permintaan klien sendiri.
“Mereka yang mahu kami tampil bertiga, ia bukan kerana syarat saya atau Atita yang letakkan.
“Sebelum ini, kami sekeluarga muncul dalam iklan komersial produk susu kambing.
“Tidak lama lagi, Atita dan Opie pula akan tampil dalam sebuah iklan komersial produk mandian pada Ramadan nanti,” katanya.
Bahkan, Atita turut mendedahkan ada menerima tawaran berlakon tetapi terpaksa menolaknya lantaran gugup di depan kamera.
“Saya agak gementar di depan kamera. Kalau setakat berlakon untuk iklan, bolehlah sebab tidak banyak babak.
“Tetapi, kalau diberi peluang berlakon dengan suami, saya mahu juga mencuba,” katanya.
Dalam pada itu, baik Nas-T mahupun Atita, kedua-duanya tidak menghalang anak kesayangan mereka menceburi bidang seni meskipun Opie baharu berusia empat tahun.
Malah, kedua-duanya mengakui Opie semakin menunjukkan minat dan sudah berjinak-jinak di hadapan kamera.
“Kami ada belikan Opie telefon pintar, dengan telefon itulah dia suka bergaya dan sudah pandai ambil gambar sendiri.
“Saya tak kisah jika Opie terdedah dengan dunia seni sebab saya lihat dia ada minat ke arah bidang ini.
“Cuma memandangkan dia masih kecil dan belum tahu apa-apa, jadi buat masa ini, kami agak memilih tawaran yang datang,” katanya.
Fokus bina badan
Tidak hanya terlibat dalam bidang seni, Nas-T juga kini bergiat aktif menerusi sukan bina badan.
“Pada mulanya, penglibatan saya dalam sukan ini hanya sebagai jurulatih di pusat gimnasium.
“Pada masa sama, saya juga aktif dalam bidang seni sama ada berlakon mahupun tampil sebagai pemuzik atau deejay,” katanya.
Bagaimanapun, atas dasar ingin menguji kemampuan diri, Nas-T mula menyertai pelbagai pertandingan bina badan sejak dua tahun lalu.
“Saya bukanlah mahu mencari publisiti murahan sebaliknya mahu melihat sejauh mana saya boleh pergi dalam bidang ini.
“Lagipun, ini adalah jiwa dan minat saya,” katanya yang juga merupakan duta produk kesihatan Monsta Lab.
Malah, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Kami ini sedang berusaha memperbaiki struktur fizikalnya agar tampak lebih menarik.
“Saya mahu menempa nama dalam bidang ini, jadi saya kerap menghabiskan masa di gimnasium.
“Insya-ALLAH, saya akan menyertai satu pertandingan bina badan di Pulau Langkawi pada Disember nanti,” katanya yang berharap untuk membuka pusat gimnasium sendiri suatu hari nanti.
Pun begitu, pelakon berusia 32 tahun ini mengakui masih lagi aktif dalam bidang seni.
“Saya masih lagi tampil sebagai deejay dalam program Meletop Kebaboom sehingga Ogos nanti. Insya-ALLAH, program tersebut akan disambung untuk musim ketiga.
“Saya juga masih minat berlakon dan sedang menjalani penggambaran drama 20 episod terbitan Suhan Movies yang bertajuk Cinta Roller Coaster.
“Namun, sebenarnya saya rindu untuk berlakon filem. Kali terakhir saya berlakon filem adalah filem yang bertajuk Ngorat," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: