SABUN mandi Fruitale bukan sekadar sabun yang kaya dengan zink serta kalsium, malah boleh digubah menjadi hantaran perkahwinan.
Tidak percaya? Jenama ini telah menganjurkan peraduan Fruitale Buah Hatiku Edisi Cinta Sejati yang berakhir pada Jun lalu. Peraduan itu terbuka kepada pasangan yang bakal berkahwin sebagai platform untuk menceritakan kisah cinta mereka dengan cara yang paling kreatif melalui gambar, multimedia, video, lagu, puisi, karya seni dan lain-lain.
Dalam peraduan itu, ternyata kasih sayang yang ditunjukkan oleh Khairatul Azwa dan pasangannya, Hazhatta Idaham telah berjaya mencairkan hati para pengadil, sekali gus menggondol gelaran juara.
Pasangan tersebut memenangi hadiah utama bernilai RM3,000, antaranya set hantaran sabun Fruitale.
"Kami akan berkahwin pada September ini dan merupakan pengguna setia sabun Fruitale. Oleh kerana bakal suami saya seorang pereka grafik, dia telah membawa kisah percintaan kami dalam bentuk multimedia," kata Azwa, 24, yang bekerja sebagai jururawat.
Manakala naib juara pula menjadi milik pasangan Sarina Saleh dan Sufian Roslan yang telah mempamerkan kisah percintaan sejati mereka melalui seloka.
"Saya dan isteri merupakan rakan sekelas semasa menuntut di universiti dan sesetengah orang mengatakan rupa kami serupa. Mungkin kerana itulah jodoh kami kuat," kata Sufian yang memenangi hadiah bernilai RM2,000.
Pemenang ketiga, Mohd Hafis dan Nurul Syazwani pula telah membuat video lagu menarik bertemakan pop yang menunjukkan gambar-gambar mereka, sekali gus melambangkan cinta sejati dan impian mereka untuk menjadikan kraf sabun Fruitale sebagai hadiah tetamu dan hantaran.
"Idea ini adalah buah fikiran kami berdua dan setelah digabungkan, lahirlah video inspirasi tersebut di mana kami tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya," kata Syazwani.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: