Monday, August 6, 2012

Kombinasi pop, ceria

Jubah labuh dengan corak abstrak sesuai untuk ke rumah terbuka.

WALAUPUN bertudung, tiada masalah untuk remaja bertudung menggayakan busana warna-warni, ceria dan moden."

Demikian saranan Pengarah LuvStylista, Mona Din mengenai trend fesyen remaja bertudung.

Mona Din menyifatkan penampilan seseorang akan lebih menyerlah sekiranya konsep fesyen kombinasi pop dan ceria disatukan.

Jelasnya, jangan jadikan bertudung itu alasan untuk memilih busana labuh dan palet rona gelap semata-mata.

Ini jelas kelihatan apabila seorang model tampil menyerlah apabila menggayakan busana Hajaba dengan pilihan warna terang seperti merah samar, kuning dan jubah fabrik denim.

Tambah anggun apabila diserikan dengan lilitan tudung yang lebih pop funky tetapi imej Muslimah tetap dititikberatkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: