BAGI umat Islam, bulan suci Ramadan bukan sekadar berpuasa menahan lapar dan dahaga, sebaliknya masa untuk meningkatkan amal ibadat dan memupuk kasih sayang sesama umat.
Dalam menghayati semangat Ramadan dengan perasaan penuh muhibah, setiap orang digalakkan meraikan hubungan dengan orang tersayang dan yang memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita.
Selaras dengan tema Rantaian Kasih bersempena bulan suci Ramadan dan Syawal, Habib, syarikat barangan kemas tempatan terkenal, menganjurkan Bazar Ramadan selama tiga hari khusus untuk pelanggannya dan masyarakat keseluruhan
Bazar Ramadan Habib akan berlangsung dari 4 hingga 5 Ogos di bilik pameran Ampang Point, Ampang, Kuala Lumpur.
Sebagai meraikan pembukaan bazar, syarikat tersebut menganjurkan majlis berbuka puasa untuk 50 kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari Rumah Bakti Nur Shahirah pada 3 Ogos.
Pada hari itu juga, sebanyak 300 mangkuk bubur lambuk akan diagihkan kepada orang ramai di sekitar bilik pameran di Ampang Point.
Bubur lambuk ini juga akan diberikan sepanjang Bazar Ramadan Habib dari 3 sehingga 6 Ogos.
Ini adalah salah satu inisiatif syarikat tersebut dalam memberi sumbangan positif kepada masyarakat semasa bulan yang mulia ini.
Selain itu, pelbagai aktiviti turut dirancang termasuk Singgah Sahur 4 Ogos di mana pada malam tersebut bilik pameran Ampang Point akan dibuka sehingga 2 pagi.
Terdapat juga aktiviti bagi memberi penghormatan pada tradisi bulan Ramadan yang mulia ini termasuklah bacaan doa oleh kanak-kanak tahfiz pada tengah malam.
Bagi pelanggan, bazar tiga hari itu merupakan peluang terbaik untuk mencari barangan kemas yang ideal bagi menyerlahkan pakaian tradisional atau kontemporari mereka.
Tarikan utama adalah koleksi terbaru Rantaian Kasih 2012 Habib. Sebahagian barangan yang mempersona ini diberi diskaun menarik sehingga 70 peratus untuk barangan berlian dan permata dan potongan sehingga RM20 untuk barangan emas 916.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: