CANGGIH...televisyen Cinema 3D Smart TV dilancarkan di The Gardens Mall, semalam.
LG Electronics Malaysia Sdn Bhd (LG) yakin menguasai pasaran televisyen tiga dimensi (3D) di negara ini, lebih-lebih dengan pengenalan pelbagai model baru termasuk dalam siri Cinema 3D, TV pintar Cinema 3D dan TV pintar semalam.
Kini LG di tangga kedua, namun penguasaannya dijangka melonjak melebihi 40 peratus menerusi pengenalan model TV dilengkapi teknologi yang diperkemas menjelang akhir tahun ini.
Pengarah Urusannya, H K Kwon berkata, LG yakin menjadi pendahulu bukan saja diperkukuh dengan pengenalan model baru dengan teknologi yang dimajukan, malah ia kini lebih mampu dimiliki apabila harganya jauh lebih murah berbanding sebelum ini.
“Teknologi 3D dimajukan itu membolehkan paparan lebih lancar ditambah dengan fungsi mudah guna, pilihan kandungan 3D lebih meluas, kerjasama 20 penyedia perkhidmatan kandungan premium dan 450 aplikasi TV pintar,” katanya pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Pengurus Pemasaran Produk Hiburan di Rumah LG, Banjir Kim, LG memasarkan 6,000 unit sebulan TV 3D di seluruh negara dan dijangka meningkat sekali ganda kepada 12,000 unit sebulan menjelang akhir tahun ini.
“Jualan kami dijangka meningkat ketara berdasarkan harganya yang kini 20 peratus lebih rendah, selain memiliki teknologi yang dikemas kini untuk menambah baik paparan,” katanya.LG memperkenalkan tiga model baru dalam siri Cinema 3D, dua model dalam kategori TV pintar Cinema 3D dan satu model TV pintar dengan saiz antara 42 hingga 72 inci. Harga runcit cadangannya pula antara RM2,699 dan RM26,999.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: