JAKARTA - Penyanyi pop dari Amerika Syarikat, Lady Gaga memberitahu para peminatnya bahawa dia berasa kecewa kerana konsertnya yang dijadualkan di sini pada 3 Jun ini dibatalkan ekoran ancaman daripada kumpulan-kumpulan ekstremis Islam.
Kumpulan-kumpulan ekstremis Islam menggelarkan Lady Gaga sebagai pemuja syaitan.
Sebahagian peminatnya mendakwa polis tunduk kepada hasrat sekumpulan kecil penduduk kerana enggan mengeluarkan permit untuk konsert itu.
Polis enggan membenarkan konsert itu ekoran atas sebab-sebab keselamatan kerana bimbang kekecohan akan berlaku melibatkan peminat dan penentang Lady Gaga.
"Kami terpaksa membatalkan konsert di Indonesia.
"Saya betul-betul (minta) maaf kepada peminat dan kecewa seperti anda (para peminatnya).
"Anda adalah segala-galanya buat saya," kata Lady Gaga menerusi mesej di laman Twitter.
Sebelum ini, ribuan anggota sebuah kumpulan radikal, Barisan Pembela Islam berikrar akan pergi ke sebuah lapangan terbang di sini bagi menghalang kedatangan penyanyi itu.
Sejumlah penentang Lady Gaga menyatakan mereka akan membeli tiket dengan tujuan untuk memasuki stadium dan mencetuskan kekecohan.
Konsert penyanyi itu dijadualkan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno.
Lady Gaga turut mengadakan konsert di Stadium Tertutup Singapura selama tiga hari bermula semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: