Monday, May 28, 2012

Neelofa ajak remaja bersolek

TAMPIL dengan solekan sederhana, cuma calitan gincu bibir yang menyerlah, jelitawan Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa ternyata menyerlah pada majlis pelancaran Shine Attract Lipstick oleh Avon baru-baru ini.

Wajahnya yang mulus bersih lagi berketerampilan menarik bukan sahaja memikat sesiapa yang memandang.

Kehadirannya bersama ibu tersayang, Noor Kartini Noor Mohammed mencuri tumpuan pada petang Ahad lalu di pusat beli-belah Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Duta rangkaian kosmetik Avon, Neelofa tampil anggun bersama ibunya dan ramai yang memperkatakan mereka seperti kakak dan adik.

Selain mengamalkan gaya hidup sihat, Neelofa mengakui solekan banyak membantu penampilannya.

Kata Neelofa, dia mahu menggalakkan remaja mengenakan solekan setiap kali keluar rumah agar wajah mereka tidak kelihatan comot.

Solekan nipis seperti mengenakan maskara dan pemerah pipi pun sudah memadai.

“Dengan adanya pelancaran gincu pertama di dunia dengan gel luaran berpelembap berkilau serta teras berwarna menarik, wajah mampu menyerlah walaupun dengan solekan nipis.

“Ia dirumus dengan rumusan gel berhidrat tinggi menjadikan bibir tidak melekit.

Bibir juga sentiasa basah melembap. Ia adalah satu gincu yang lengkap khusus untuk wanita yang tidak mempunyai masa bersolek mengikut turutan seperti memakai pengilat atau pelembap," katanya.

Tambah Neelofa, dia gemarkan alat solek yang mudah digunakan sesuai dengan kehidupannya yang sibuk sebagai pelakon dan pengacara.

"Sebagai duta, saya mengalu-alukan remaja dan pelanggan muda untuk berhias diri agar sentiasa cantik dan berseri

Ia bukan bermakna mereka harus bersolek setiap masa tetapi, mencantikkan diri secara ringkas adalah perlu untuk kelihatan lebih yakin dan elegan," katanya.

1 comment:

  1. tak payahlah ajak orang bersolek awak pun bukannya cantik sangat.daripada ajak orang bersolek lebih ajak orang bersembahyang lagi bagus

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: