Tuesday, May 29, 2012

Filem Love menang filem terbaik


MUNGIU (tengah) bergambar bersama Flutur (kiri) dan Stratan.


CANNES - Filem Love, arahan pengarah Austria, Michael Haneke, dinobatkan sebagai pemenang anugerah tertinggi Palme d'Or pada Festival Filem Cannes ke-65 di sini kelmarin.

Filem yang dilakonkan ikon popular Perancis, Jean-Louis Trintignant, 81, dan Emmanuelle Riva, 85, yang mengisahkan tentang kisah percintaan antara suami dan isteri yang sakit kerana diserang strok.

Hanake yang berusia 70 tahun itu menggondol anugerah tersebut buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Sebelum ini dia memenangi anugerah tersebut menerusi filem The White Ribbon.

Pelakon Denmark, Mads Mikkelsen, 46, yang memberikan lakonan hebat dalam filem The Hunt arahan Thomas Vinterberg menerima anugerah pelakon lelaki terbaik.

Sementara itu, aktres Cosmina Stratan dan Cristina Flutur yang berlakon dalam filem Beyond the Hills arahan Cristian Mungiu berkongsi anugerah pelakon wanita terbaik.

Mungiu pernah memenangi Palme d'Or pada tahun 2007 bagi filem berjudul 4 Months, 3 Weeks and 2 Days.

Anugerah kedua tertinggi, Grand Prix pula dimenangi pelakon Itali, Matteo Garrone manakala tempat ketiga diraih pelakon veteran, Ken Loach

Pengarah Asia yang bertanding, Im Sang-Soo and Hong Sang-soo dari Korea Selatan gagal meraih sebarang anugerah.

Seramai 15 pengarah Amerika Syarikat (AS) telah memenangi anugerah Palme d'Or sejak ia diperkenalkan pada tahun 1955.

Satu-satunya pembikin filem dari AS yang memenangi anugerah pada festival kali ini ialah Benh Zeitlin.

Dia memenangi anugerah filem yang dihasilkan buat kali pertama menerusi Beasts of the Southern Wild.

Hadiah Juri pula dimenangi pengarah filem dari Britain, Ken Loach menerusi filem The Angels' Share.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: