Tuesday, May 29, 2012

Sindiket curi emas tumpas


MOHAMAD NASIR (tengah) menunjukkan emas yang siap diproses semula oleh satu sindiket mencuri emas di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Johor semalam.


MUAR - Satu sindiket mencuri emas tumpas apabila 21 suspek termasuk 14 orang warga China ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di sini pada 25 Mei lalu.

Sindiket berkenaan dipercayai mencuri emas milik pelanggan dengan cara mencuci barangan kemas berkenaan menggunakan bahan kimia bagi tujuan melunturkan emasnya.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, modus operandi kumpulan itu adalah dengan mengunjungi rumah ke rumah kononnya untuk menjual emas pada harga murah tetapi sebenarnya emas tiruan.

"Apabila mangsa tidak berminat membeli emas tersebut, mangsa ditawarkan pula khidmat mencuci emas pada harga RM3 hingga RM5 tetapi mereka sebenarnya menggunakan sejenis kimia yang boleh menyusutkan 20 peratus kandungan emas tulen milik mangsa tanpa disedari," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: