Monday, May 28, 2012

Denim ikut acuan badan

WRANGLER tampil dengan koleksi terbaru yang diberi nama Mould the Body.

TIDAK cukup lengkap almari pakaian lelaki mahupun wanita kalau tidak ada sekurang-kurangnya sepasang jean denim yang 'sedap' dipakai.

Sifat fabriknya yang cukup selesa pada tubuh untuk dikenakan pada bila-bila masa terutama ketika santai, membuatkan denim antara persalinan yang 'wajib ada'.

Lebih beruntung jika ia berjenama kerana denim seperti ini ibarat 'alah membeli menang memakai', biarpun mahal tetapi tahan lasak dan punya potongan menarik.

Antara yang digemari sudah tentunya denim Wrangler yang merupakan salah satu daripada tiga jenama denim terbesar di dunia.

Diasaskan sejak tahun 1909, jenama ini tampil dengan koleksi terbaru yang diberi nama Mould the Body, khusus bagi rangkaian denim untuk wanita.

Koleksi terbaru ini menonjolkan elemen seksi dan feminin wanita tanpa perlu mengorbankan keselesaan melalui rekaan yang mengutamakan konsep acuan tubuh.

Rekaan inovatif ini membuatkan tubuh kelihatan lebih langsing dengan potongan mengikut bentuk badan pada tempat-tempat yang tepat.

Antara ciri-ciri rekaan yang ketara adalah seperti berikut:

l Poket berbentuk hati yang menyerlahkan lagi potongan badan yang sempurna.

l Sambungan tetulang seluar pada bahagian belakang yang berbentuk hati yang membantu menaikkan kedudukan punggung.

l Jahitan tepi dan pelipat denim direka untuk menampakkan bentuk kaki lebih panjang dan paha lebih langsing.

Menariknya denim Mould the Body didatangkan dalam empat potongan dan warna berbeza yang menepati untuk semua suasana.

Padanan dengan kemeja, blaus, kardigan mahupun sekadar baju T yang bersesuaian, sudah cukup untuk membuatkan penampilan nampak ranggi dan bergaya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: