TIGA perbilangan di kiri menunjukkan betapa kuatnya pengaruh adat dalam kehidupan masyarakat di negara ini. Dianggap sebagai tiang seri kehidupan, adat Melayu yang didasari daripada adat Temenggung dan adat Perpatih masih kukuh dipelihara serta diamalkan masyarakat khususnya membabitkan perkara berkaitan nikah kahwin, pembahagian harta dan sebagainya.
Bagaimanapun, berbanding adat Temenggung, adat Perpatih sering dikaitkan dengan perkara negatif dan bertentangan hukum agama khususnya perihal pembahagian harta dan kuasa wanita.
Walaupun telah 700 tahun diguna pakai di Negeri Sembilan, ramai yang masih prejudis terhadap adat tersebut.
Lebih malang, pengamal adat tersebut kerap dimomokkan dengan pelbagai gelaran termasuk dilabel queen control dan mereka yang beristerikan wanita Negeri Sembilan pula dikatakan lelaki yang mengikut telunjuk isteri.
Sejauh mana kebenaran itu? Wartawan S2, NORAZRIN MARZUKI bersama jurufoto FAIRUZ IZYANA AYUB dan RIDUAN RIZAL cuba mencari jawapan dan merungkai mengapa adat tersebut dikatakan terlalu mengangkat darjat wanita.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: