Tuesday, May 29, 2012

Lima hari terkandas di laut


SEBAHAGIAN pemancing yang terkandas di laut berehat di Pangkalan APMM Tok Bali di Pasir Puteh kelmarin.


PASIR PUTEH - Sembilan orang pemancing bersama seorang tekong dan seorang awak-awak yang terkandas di lautan sejak 23 Mei lalu berjaya diselamatkan oleh pasukan Maritim Malaysia (APMM) Tok Bali dalam operasi mencari dan menyelamat kelmarin.

Bot pemancing tersebut yang berlepas dari jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Genting, Tumpat pada 22 Mei lalu dikatakan mengalami kerosakan enjin sehari selepas itu menyebabkan ia terpaksa melabuhkan sauh bagi menunggu bantuan.

Ketua Penguatkuasaan Maritim Daerah Tok Bali, Komander Maritim Zainin Abdul Majid berkata, bot dengan pendaftaran TRF 761 yang dinaiki 11 mangsa tersebut sepatutnya kembali ke pangkalan pada 25 Mei lalu

"Pusat operasi APMM Tok Bali menerima panggilan kecemasan untuk mendapatkan bantuan daripada seorang individu bernama Azahar Hassan yang memaklumkan sebuah bot memancing kelas A gagal pulang ke pangkalan mengikut jadual yang ditetapkan.

"Berdasar maklumat, bot terbabit merancang untuk ke lokasi memancing di kawasan pelantar minyak Lawit, Cakerawala dan di lokasi kapal karam.

"Bertindak atas maklumat itu, gerakan mencari dijalankan pada 26 Mei melibatkan Kapal Maritim (KM) Ligitan dan bot Penyelamat 7 melaksanakan operasi 'Carilamat' dengan membuat pengesanan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: