Wednesday, May 30, 2012

Tomok Menangis Lihat Isteri Bersalin

Tomok

PETALING JAYA: Penyanyi Tomok, 28, mendapat anak lelaki apabila isterinya Rahayu Abbas (Ayu), 32, selamat melahirkan bayi berkenaan di Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 6.03 petang, Selasa.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Inderawan Ismail, 28, berkata, anaknya lahir dengan berat 3.33 kilogram itu masih belum diberikan nama namun bersyukur apabila proses kelahiran berjalan lancar.

"Alhamdulillah, semuanya selamat. Inilah detik paling gembira dalam hidup saya, apabila isteri dan anak saya sihat.

"Lebih bererti, saya diberi kesempatan untuk melihat proses bersalin sejak awal, serta diberi peluang untuk memotong sendiri tali pusat bayi itu. Ia pengalaman yang sangat bermakna," katanya yang dipetik daripada akhbar Berita Harian.

Tambah Tomok, dia terpaksa akur bahawa tanggungjawabnya kini lebih besar dan harus memikul peranan sebagai suami dan bapa.

Inilah anak lelaki Tomok yang masih diberikan nama.

"Sebagai seorang lelaki, saya tahu tanggungjawab besar saya sebagai suami dan bapa. Selain sibuk dengan kerjaya, saya akan mengutamakan keluarga dan berjanji untuk bekerja keras demi kebahagiaan kami sekeluarga.

"Sebenarnya kesempatan melihat kesukaran seorang isteri bersalin menimbulkan rasa insaf buat saya sehingga menitiskan air mata.

"Inilah pengorbanan seorang isteri yang sepatutnya kita hargai," katanya.

Tomok dan Ayu telah mendirikan rumah tangga pada 1 Julai tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: