Lumrah buat semua manusia yang hidup di dunia ini terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan yang sememangnya memberi kematangan buat seseorang untuk menjadi insan yang lebih berguna.
Tidak terlepas daripada perkara yang sama, aktres jelita, Nora Danish yang terpaksa berhadapan pelbagai kontroversi tidak pernah melatah malah sentiasa berfi kiran positif terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya.
Masih belum reda dengan isu gambar seksi yang terpampang di sebuah majalah, kini bintang drama bersiri 'Tentang Dhia' ini sekali lagi dikaitkan dengan gambarnya di sebuah kelab hiburan.
Selain itu, Nora juga telah dikaitkan sebagai punca utama kes pemfailan cerai yang dilakukan pelakon kacak, Adi Putera terhadap isterinya, Aida.
"Gosip yang mengatakan saya adalah orang ketiga dalam kes pemfailan penceraian Adi Putera dan gambar di kelab itu adalah fi tnah.
"Sebagai manusia biasa saya tidak dapat lari daripada dugaan ini lebih-lebih lagi gosip dan kontroversi adalah asam garam dalam kehidupan seorang artis," katanya.
Berikutan itu, Nora mengakui dirinya tidak langsung tertekan dan kecewa dengan kontroversi yang dilemparkan ke atasnya kerana ketenangan yang diperoleh semasa menunaikan umrah sudah cukup buat dirinya kuat menempuhi dugaan.
"Selama 13 hari saya berada di sana saya hanya berserah kepada tuhan. Ketenangan yang saya peroleh di sana amat membantu saya untuk hadapi dugaan ini.
"Saya reda dengan semua dugaan ini tetapi saya tidak nafi kan ada rasa bimbang dan kesian dengan keluarga yang terpaksa mengharungi tempias daripada kontroversi ini," katanya.
Enggan sejara berulan g
TANGGUNGJAWAB sebagai ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang difikirkan segelintir pihak.
Status sama yang dipegang Nora membuatkannya sentiasa memberi keutamaan kepada keluarga, terutama anak tunggalnya yang kini mencecah usia empat tahun.
"Setakat ini saya tidak mengalami sebarang masalah memegang status sebagai ibu tunggal.
"Bagaimanapun, saya akui untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi agak sukar kerana saya perlu lebih berhati-hati supaya perkara yang pernah menimpa saya sebelum ini tidak akan berulang," katanya.
Tambah Nora lagi, buat masa ini dirinya masih lagi belum menemui jodohnya dan hanya mampu berserah tentang itu.
"Saya hanya akan berkahwin bila sudah bersedia sepenuhnya supaya semua dapat berjalan dengan lancar," katanya.
KERAP memegang watak bertudung dalam lakonannya, nyata meninggalkan kesan buat aktres yang berusia 30 tahun ini.
Akui Nora, dia juga turut menyimpan hasrat untuk berhijrah seperti itu.
"Saya akui watak Muslimah sedikit sebanyak memberi keinginan buat diri saya untuk melakukan perkara yang sama. “Bagi saya, untuk bertudung, banyak perkara yang perlu dijaga. Oleh, itu saya perlu lebih bersedia untuk imej itu supaya ianya terus berkekalan.
"Saya sentiasa berdoa meminta petunjuk supaya apa yang saya hajatkan akan tercapai suatu hari nanti,” katanya ketika ditemui di Program Revolusi R. Turut hadir sama pada majlis pelancaran program tersebut adalah Ketua Trafi k Pasukan Bukit Aman, Datuk Abd Aziz Yusof dan beberapa artis lain seperti Adi Putera, Intan Ladyana, Sari Yanti, dan ramai lagi.
Wednesday, May 30, 2012
Nora Danish tak mudah melata h
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: