GANDINGAN mantap ibu dan anak menyediakan sajian kreatif dan sihat nyata membuahkan hasil bagi dua beranak Zeiti Zulhani, 33, dan anak lelakinya, Ahmad Danish Dzulkarnain, 7, untuk dinobatkan sebagai sebagai pemenang pertandingan memasak realiti TV Dumex Chef Cilik Komplete Nutri (Chef Cilik).
Melalui kemenangan itu mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM20,000.
Menurut Zeiti, dia memang tidak menyangka akan memenangi pertandingan itu memandangkan pesaing mereka tidak kurang hebatnya.
Apa pun katanya, melalui program itu dia memperoleh banyak pengetahuan yang tentang pemakanan lengkap selain merapatkan lagi hubungannya bersama keluarga tercinta.
"Saya mengakui bahawa semua ibu mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka, hanya satu cara untuk melakukannya adalah dengan menyediakan sajian yang lazat dan mempunyai nilai khasiat yang tinggi.
"Saya dan anak sangat seronok menyertai Chef Cilik kerana pertandingan ini memberi peluang kepada kami untuk belajar lebih banyak tentang penyediaan sajian yang sihat dan lazat, sambil mengukuhkan lagi hubungan kami sebagai ibu dan anak," jelasnya.
Manakala naib juara dimenangi oleh pasukan Afiza Aksan,38, dan anak perempuannya, Zaireen Sofea, 8.
Manakala pasangan adik-beradik lelaki dan perempuan, Syed Mohamad Afiq, 18, dan Saiyedah Aminna, 9, mendapat tempat ketiga.
Kedua-dua pasangan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan RM10,000.
Pengarah Urusan Danone Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd., Toni Brendish berkata, rancangan Chef Cilik diilhamkan dengan untuk menekankan pentingnya pemakanan yang lengkap.
"Sebagai jenama dengan warisan 54 tahun, kami tahu bahawa pemakanan yang baik dan diet yang seimbang adalah asas untuk kehidupan yang sihat.
"Kanak-kanak menjadikan ibu bapa mereka sebagai teladan. Menerusi Chef Cilik dapat menggalakkan masyarakat dan keluarga mengamalkan tabiat makan yang sihat.
"Dalam program ini peserta dan penonton dapat berkongsi cara mudah dan berkhasiat untuk menyediakan sajian dan juga menekankan bahawa tidak perlu mengorbankan kelazatan semata-mata untuk khasiat pemakanan," ujarnya pada majlis penyampaian hadiah di Bangsar, Kuala Lumpur baru baru ini.
Program ini menyaksikan 27 pasukan mencuba kebolehan mencipta pelbagai sajian yang lazat dan berkhasiat untuk kanak-kanak berdasarkan tema mingguan yang ditetapkan.
Sajian mereka kemudiannya di nilai oleh panel hakim, yang terdiri daripada Chef Bebas dan pengusaha restoran, Chef Andri Abdul Hadi; Pakar Pemakanan Dumex, Nor'azah Mohd. Sidi dan selebriti jemputan.
Masakan dinilai berdasarkan kreativiti, kerjasama berpasukan dan paling penting mengikut t sukatan pinggan Dumex Komplete Nutri, yang merupakan pinggan sukatan berasaskan piramid makanan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: