Siapa yang dapat menafi kan pesona bintang nan satu ini. Karier seninya cemerlang dan bersinar di peringkat antarabangsa. Baru saja tampil dengan filem The Lady, wanita kelahiran Ipoh, Perak, Datuk Seri Michelle Yeoh membuktikan dirinya adalah antara pelakon gred A yang berada dalam kelas tersendiri.
Kemunculannya memegang watak sebagai tokoh politik Myanmar, Aung San Suu Kyi dalam filem itu ternyata telah menyingkap satu dimensi baru kerjayanya sebagai aktres.
Sebagai teraju utama, Yeoh tidak ketinggalan menyertai siri jelajah di seluruh dunia bagi mempromosikan filem terbarunya itu, termasuklah di Malaysia, hujung April lalu.
Bagai sirih pulang ke gagang, 22 Mei lalu, Yeoh yang sedang menjalani penggambaran di Thailand, sekali lagi pulang ke negara kelahirannya ini.
Kali ini kepulangannya bukanlah untuk mempromosikan filem terbaru, tetapi bagi menghadiri ‘hari besar’ dalam hidupnya.
Bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, wanita berusia 50 tahun ini menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Hari Keputeraan ke-84 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Bagi Yeoh, panggilan daripada ibu tercinta, Datin Janet Yeoh mengkhabarkan kepadanya akan majlis penganugerahan itu amat mengejutkan dirinya.
Biarpun tidak sempat hadiri majlis raptai, Yeoh teruja mendapat penganugerahan yang terlalu bermakna buatnya.
“Saya terus bergegas dari Bangkok agar dapat hadiri majlis ini dan saya agak gementar kerana tidak jalani raptai.
“Walaupun agak terkejut, saya anggap anugerah ini sebagai satu penghormatan buat saya dan keluarga.
“Malah, penganugerahan darjah kebesaran ini juga memberi inspirasi kepada saya untuk lebih gigih dalam Michelle Yeoh terima anugerah yang membawa gelaran Datuk Seri.
Ternyata Yeoh sememangnya layak mendapat pengiktirafan itu jika diukur sumbangan dan kejayaannya sebagai pelakon yang berjaya mencipta nama di luar negara.
Bukan saja rakyat Malaysia yang berbangga dengan pencapaiannya, malah seluruh Asia juga kagum dengan kecemerlangan pelakon kesayangan mereka ini.
Digelar Permaisur Aks i
MENYINGKAP kembali perjalanan hidup Yeoh, siapa sangka bakat seninya sudah mula berputik sejak kecil. Biarpun lebih dikenali dengan lakonannya dalam filem aksi, minat sebenar anak kepada pasangan Yeoh Kian Teik dan Janet Yeoh ini adalah terhadap tarian ballet.
Melanjutkan pengajian di London dalam pengkhususan ballet, hasrat Yeoh berkecimpung dalam dunia tarian tidak kesampaian kerana mengalami kecederaan tulang belakang.
Tidak patah semangat, Yeoh kemudiannya menukar pengajian dan memperoleh segulung ijazah dalam bidang seni kreatif dan drama.
Permulaan karier seni Yeoh bertitik tolak apabila ibunya menghantar gambar Yeoh untuk memasuki pertandingan Ratu Cantik Malaysia 1983 tanpa pengetahuannya.
Demi memenuhi hasrat ibu, Yeoh menyertai pertandingan itu dan memenangi gelaran tersebut di usia 21 tahun. Selepas itu, Yeoh ditawar berlakon iklan komersial di samping aktor terkenal, Jackie Chan, melalui jasa seorang ahli perniagaan Hong Kong, Dickson Poon.
Tidak menunggu lama, Yeoh kemudian melebarkan sayapnya berlakon filem dan mencipta nama ketika bintangi filem Yes, Madam (1985) sebagai anggota polis.
Perlu melakukan sendiri beberapa aksi lagak ngeri, Yeoh berjaya memecahkan ‘kubu’ pelakon lelaki yang lebih mendominasi filem aksi.
Sejak itu, kelibat Yeoh mula sinonim dengan fi lem aksi dan ramai menyangka Yeoh sememangnya punyai kepakaran dalam seni mempertahankan diri.
Bagi mengelakkan kekeliruan, Yeoh yang mendapat gelaran Permaisuri Aksi ini tampil menjelaskan bahawa dia hanya belajar melakukan beberapa gerakan aksi untuk tujuan penggambaran.
“Saya tidak layak digelar pakar seni mempertahankan diri kerana saya tidak pernah belajar secara formal.
“Malah, hampir kebanyakan babak aksi yang melibatkan saya sebenarnya dilakukan oleh pelakon lagak ngeri profesional,” katanya yang berhijrah ke Hong Kong demi karier seninya.
Lebih selektif
TAHUN 2012 menyaksikan nama Yeoh kembali menjadi sebutan dek lakonan berkesannya dalam The Lady. Mengakui bukan mudah membawakan watak tokoh yang masih hidup, bagaimanapun Yeoh menganggap karakter Suu Kyi telah menyerlahkan sisi berbeza lakonannya. Ini kerana, menurut Yeoh, dia tidak mahu selama-lamanya terus dikenali sebagai bintang fi lem aksi.
“Kadang kala saya pelik, jika bawa watak aksi, peminat akan bertanya tidakkah saya mahu melakonkan watak dramatik? Apabila saya bawa watak dramatik, mereka mahu saya kembali berlakon watak aksi.
“Namun, sebagai aktres, saya perlu memilih watak yang dapat mencabar kemampuan lebih daripada apa yang telah saya bawa sebelum ini,” katanya yang sanggup menunggu lama untuk mendapat watak yang bagus.
Dek prinsipnya itu juga telah menjadikan Yeoh sebagai pelakon eksklusif yang wajahnya tidak selalu muncul di panggung. Bagaimanapun, wanita berhati waja ini menggunakan sebaiknya waktu senggang jika tiada penggambaran dengan memenuhi rutin sebagai duta Road Safety Work.
“Saya bukanlah seorang yang boleh melakukan banyak tugas dalam waktu serentak. Sewaktu menanti tayangan The Lady, saya menjelajah ke seluruh dunia mempromosikan kempen keselamatan jalan raya. Ia adalah perkara yang menyeronokkan,” kata tunang kepada Jean Todt ini.
Malaysi tetap di hat i
SUDAH mencipta nama di negara orang, tidak pernah sekalipun Yeoh melupakan tanah air tempat tumpah darahnya.
“Mungkin saya lebih banyak menghabiskan masa di Hong Kong kerana di sinilah tempat saya memulakan karier.
“Namun, Malaysia akan sentiasa menjadi rumah saya sampai bila-bila,” katanya.
Profil
Nama Sebenar: Yeoh Choo Kheng
Nama Komersial: Michelle Yeoh
Warganegara: Malaysia
Tarikh Lahir: 6 Ogos 1962
Tempat Lahir: Ipoh, Perak
Filmografi : The Owl and Bumbo (1984), Yes, Madam (1985), Magnifi cent Warriors (1987, Supercop-Police Story III (1992), The Tai-Chi Master (1994), Tomorrow Never Dies (1997), Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000), Memoirs of a Geisha (2005), Fearless (2006), Sunshine (2007), The Lady (2012).
Pencapaian:
Darjah Seri Paduka Mahkota Perak, 2012
Trophee du Festival de Cannes, Festival Filem Antarabangsa Cannes, 2009
Anugerah Pencapaian, Festival Filem Antarabangsa, 2008
Artis Antarabangsa Terbaik, Anugerah MTV & SMG Style, China, 2003
Penerbit Terbaik, CineAsia, 2002
Datuk Paduka Mahkota Perak, 2001
Artis Antarabangsa Terbaik ShoWest, 2001
Aktres Terbaik, Ethnic Multicultural Media Awards (EMMA), 2001
Aktres Terbaik, Ammy Awards, 2001
Tuesday, May 29, 2012
Michelle Yeoh cipta nama di seluruh negar a
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: