Monday, May 28, 2012

Koleksi Arcadia menggoda

PIUTER dan kayu bersatu sekali lagi dalam koleksi Arcadia oleh Royal Selangor. Koleksi ini terdiri daripada mangkuk-mangkuk dan piring-piring diperbuat daripada kayu Kulim dan ditatah garis-garis tebal dan ringkas piuter.

Terdapat dua rekaan bagi mangkuk dan piring iaitu Pure dan Wave yang boleh didapati dalam tiga saiz yang berbeza.

Ia diperbuat daripada sejenis kayu keras yang mempunyai sekam halus dan warna gelap, membuatkan ia begitu cantik apabila digabungkan dengan kilauan piuter.

Dengan corak yang minimum, Pure menonjolkan keindahan kayu dengan bingkai piuter yang mengelilingi setiap mangkuk dan piring.

Permukaan piring Wave pula ditatah dengan dua garisan beralun, sementara mangkuk ditatah dengan satu garisan tebal beralun piuter.

Dibuat dengan teliti, kemasan akhir mangkuk menonjolkan bentuk yang unik dengan bingkai beralun.

Gabungan piuter dan kayu menimbulkan rasa selesa dan menggoda pada ruang rumah anda. Boleh digunakan di rumah atau dihadiahkan kepada yang tersayang, setiap rekaan melengkapi hiasan dalaman setiap rumah sesuai bagi pemilik rumah yang baru.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: