Tuesday, May 29, 2012

Guna kontena seludup 4WD


TUN HISAN menunjukkan dua buah kontena yang diisi kenderaan pacuan empat roda curi pada sidang akhbar di Subang, Selangor semalam.


SUBANG - Kegiatan haram sekumpulan lima lelaki yang menyeludup keluar kenderaan pacuan empat roda (4WD) curi menggunakan kontena melalui Pelabuhan Klang, Selangor sejak tiga bulan lalu terbongkar apabila kesemua mereka ditahan di Kampung Baru Subang di sini Khamis lalu.

Suspek-suspek berusia antara 21 dan 31 tahun tersebut ditahan pada pukul 8.45 malam ketika sedang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda curi jenis Toyota Hilux.

Difahamkan, dalam tempoh tersebut, suspek dipercayai telah menyeludup keluar sebanyak 57 daripada 64 buah kenderaan curi menggunakan 19 buah kontena ke beberapa buah negara seperti Bangkok, Thailand dan Singapura. Kesemua kenderaan itu dianggarkan bernilai RM8 juta.

Antara kenderaan kegemaran untuk dicuri ialah Toyota Fortuner dan Hilux.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, melalui soal siasat, pihaknya kemudian dapat mengesan sebuah kontena mengandungi dua buah Hilux dan sebuah Fortuner curi yang sedang didaratkan di Singapura.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: