Tuesday, May 29, 2012

Didik 200,000 pengguna cilik


ISMAIL SABRI beramah mesra dengan sebahagian pemenang mewarna dan bercerita pada program Pengguna Cilik Yang Celik di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperkenalkan konsep penerapan ilmu kepenggunaan kepada hampir 200,000 kanak-kanak di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya kini menyasarkan untuk mendedahkan mengenai amalan kepenggunaan yang baik kepada kanak-kanak seawal usia empat tahun.

"Konsep ini akan menumpukan kepada tiga fokus utama menerusi kaedah belajar sambil bermain.

"Tiga fokus tersebut meliputi amalan pemakanan sihat, pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan kewangan berhemah," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program Pengguna Cilik Yang Celik di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: