Thursday, May 31, 2012

Sasar 20,000 pengunjung


PARA petugas melakukan persiapan terakhir Majlis Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 di pekarangan Tesco Semenyih, Kajang semalam.


KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan seramai 20,000 pengunjung hadir pada Majlis Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 di pekarangan Tesco Semenyih, Kajang bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Kepenggunaan dan Pengurusan KPDNKK, Datin Mahani Tan Abdullah berkata, program selama tiga hari yang padat dengan pelbagai acara menarik itu dijangka mendapat sambutan hangat pengunjung termasuk wakil kelab dan persatuan pengguna dari seluruh negara.

“Persiapan sambutan telah mencapai 95 peratus dan kita telah bersedia untuk menyambut seramai 20,000 pengunjung yang dijangka hadir pada majlis berkenaan.

“Penganjuran Bulan Pengguna Kebangsaan antara lain bertujuan mendidik orang ramai tentang aspek kepenggunaan dan hak mereka selaku pengguna,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, Mahani berkata, pelbagai aktiviti bakal diadakan bagi memeriahkan acara tersebut seperti pameran, taklimat, ceramah dan kuiz kepenggunaan serta cabutan bertuah.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi di talian hotline 1-800-886-800 atau layari laman web rasmi KPDNKK di http://www.kpdnkk.gov.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: