KUALA LUMPUR - AirAsia Japan syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) terbaru yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, melancarkan operasi penerbangan domestik dengan penerbangan harian ke Fukuoka, Okinawa dan Sapporo bermula 1 Ogos ini.
Berpegang teguh pada slogan, 'Kini Sesiapapun Boleh Terbang', anak syarikat terbaru kepada AirAsia itu menawarkan promosi pertama dengan 10,000 tempat duduk tambang rendah dari RM0.20 (¥ 5).
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, rangkaian domestik Jepun yang terbaru ini juga mempertingkatkan lagi akses tetamu dari Malaysia ke negara itu. Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsia X, turut mengadakan promosi dengan menawarkan tambang rendah dari RM399 (¥ 14,000) sehala dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda (Tokyo).
Promosi ini berlangsung dari 31 Mei hingga 3 Jun 2012, bagi tempoh perjalanan dari 28 Ogos hingga 28 November 2012. Tambang rendah hebat ini ini boleh didapati secara online di www.airasia.com, atau melalui telefon bimbit di mobile.airasia.com serta aplikasi AirAsia untuk Blackberry, iPhone dan Android.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Japan, Kazuyuki Iwakata berkata, Objektif AirAsia Japan adalah membangunkan pasaran LCC di Jepun, menjana permintaan baru dengan tujuan menjadikan perjalanan udara yang berkualiti dan mampu dinikmati semua.
“Dalam kurang daripada satu tahun sejak penubuhan ‘AirAsia Japan’, kami amat berbesar hati melancarkan tiga destinasi domestik sebagai permulaan. 84 penerbangan mingguan ini dijangka dapat memenuhi permintaan ahli perniagaan dan pelancong untuk terbang ke Sapporo, Fukuoka, Okinawa dan Tokyo," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, ini adalah permulaan untuk revolusi dalam pasaran aviasi domestik Jepun.
“Dengan pasaran penerbangan Jepun mengalami transformasi pesat dan pembangunan yang berterusan, kami yakin ianya mendapat sambutan sangat baik dan memainkan peranan besar dalam merangsang aktiviti pelancongan.
“Kami sentiasa percaya bahawa untuk mencapai kejayaan, asas yang kukuh adalah penting.
"Oleh itu, kami telah bertungkus-lumus sejak 10 tahun yang lalu bagi memastikan AirAsia mempunyai kapasiti yang diperlukan untuk pergi lebih jauh.
"Kami amat berbangga untuk menyatakan bahawa hari ini, AirAsia mempunyai rangkaian yang meluas di ASEAN, China, India dan Australia serta keupayaan untuk membawa pelawat antarabangsa dari serata dunia ke Jepun," katanya.
Thursday, May 31, 2012
AirAsia lebar sayap ke Jepun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: