Tuesday, May 29, 2012

Keluarga miskin idam rumah sempurna


CHE MINAH turun ke bilik air yang terletak di luar rumahnya di Kampung Tanah Lot, Gong Balai, Merchang semalam.


MARANG - Sebuah keluarga di Kampung Tanah Lot, Gong Balai, Merchang dekat sini terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan dan tidak mampu untuk membaiki kediaman mereka yang kian usang.

Paling ketara, bahagian dapur rumah berkenaan yang mula mereput, selain keluarga itu tidak mempunyai bilik air yang sempurna.

Di samping itu, atap rumah berkenaan juga bocor menyebabkan keluarga yang bergantung dengan pendapatan Che Minah Che Senik, 46, sebagai tukang sapu di sebuah sekolah dengan pendapatan RM500 sebulan tidak mampu untuk membaikinya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: