LONDON: Hubungan di antara Charlotte Church dan teman lelakinya, Gavin Henson, dilaporkan berakhir selepas aktres itu menuduh pasangannya semakin mesra dengan seorang lagi pelakon, Susie Amy.
PUNCA RETAK...Susie (kanan) didakwa menjadi penyebab hubungan Charlotte dan Henson berkubur.
Kata sumber itu, Charlotte menganggap hubungan Henson dan Susie lebih daripada kawan biasa.
Justeru, dia mahu Henson berada di sampingnya ketika dia melancarkan siri televisyen terbaru, Over The Rainbow, sebaliknya teman lelakinya itu berada di luar negara.
Sebelum ini, Susie - pelakon siri Footballers’ Wives - pernah intim dengan bintang drama Hotel Babylon, Max Beesley.
Sementara itu, Susie, 29, menafikan dia mempunyai sebarang ‘pertalian’ dengan teman lelaki Charlotte.
Jurucakap Susie berkata, aktres itu kini mempunyai teman lelaki sendiri dan bahagia dengan hidupnya.
Menurut sumber, Henson dan Charlotte, 24, mengadakan perbincangan malam kelmarin.
Ia dibuat selepas kedua-dua mereka diketahui sering bertengkar sejak beberapa bulan lalu, termasuk di sebuah hotel di London.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: