Wednesday, October 16, 2013

Wangian glamor pelembut pakaian

PENGASAS bersama Fashion Valet, Fadzarudin Anuar (lima dari kiri) dan Seng Jone (empat dari kiri) pada majlis pelancaran Downy Parfum Mystique.


PENAMPILAN seseorang tidak akan lengkap tanpa haruman yang mampu menyerlahkan personaliti diri. Bukan setakat melengkapkan penampilan, wangian yang sempurna juga meningkatkan keyakinan individu dan menyuntik aura positif.
Menyedari kehebatan haruman dalam mencorak kehidupan harian setiap insan, jenama pelembut fabrik utama di pasaran dunia, Downy memperkenalkan produk terbaharu mereka, Downy Parfum Mystique.
Diilhamkan daripada suasana romantis di Paris, Perancis, Downy Parfum Mystique mempunyai daya tarikan minyak wangi mewah dengan aura misteri yang mampu memikat orang sekeliling.
Sempena meraikan pelancaran haruman itu, Downy turut menjalinkan kerjasama bersama gedung fesyen dalam talian terkemuka di Malaysia, FashionValet bagi menghasilkan rekaan pakaian edisi terhad.
Mengulas mengenai kerjasama itu, Goh Seng Jone, Pengurus Komunikasi P&G Malaysia berkata: "Downy berterusan melakukan transformasi jenama yang menarik menerusi peningkatan kualiti produk dan melakukan kerjasama unik bersama industri fesyen.
"Bagi menggabungkan Downy dan fesyen, kami bersetuju untuk mencipta aroma pelembut yang disatukan bersama haruman glamor namun masih mengekalkan fungsinya sebagai pelembut pakaian.
"Kerjasama bersama FashionValet juga membuka dimensi baharu kepada jenama ini dalam meneroka lebih banyak peluang dalam fesyen.
Downy Parfum Mystique dicipta bersama haruman flora dan rempah Timur. Lapisan pertama haruman dikuasai bauan anggur dan aprikot yang kemudiannya mencipta haruman bak bunga lily dan osmanthus serta diadun bersama biji tonka dan vanila yang berkrim.
Haruman asasnya pula diperkaya dengan aroma ambar, kesturi dan kayuan yang diadun bersama beberapa jenis rempah.
"Pakaian yang anggun tidak lengkap tanpa haruman yang mempesona. Downy Parfum Mystique sungguh menarik dan banyak memberi inspirasi kepada saya," ujar Vivy Yusof, Pengarah Urusan FashionValet.
Koleksi Downy Mystique terdiri daripada 14 pakaian dan boleh didapati di laman web FashionValet.
Pelembut Downy Parfum Mystique baharu kini boleh didapati di semua kedai runcit utama pada harga RM5.85 untuk pek 370 mililiter (ml), RM10.90 (900ml) dan RM20.90 (1,800ml).
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi dan peraduan berkenaan, sila layari laman web www.fashionvalet.com.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: