Tuesday, October 29, 2013

Nikmat kepingan piza berkualiti

ERIC (tiga dari kiri) bergambar pada majlis perasmian cawangan Papa John's Pizza ke-23 di Jalil Link, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


RAKYAT Malaysia kini disajikan dengan pelbagai pilihan piza daripada seleksi jenama terkenal. Antaranya, Papa John's Pizza yang mula bertapak di negara ini sejak tahun 2008.
Prinsip perniagaan yang dibawa masuk Berjaya Corporation melalui perjanjian pembangunan francais bersama Papa John's Pizza International Inc. iaitu, Better Ingredients, Better Pizza jelas menggambarkan kualiti terbaik yang ditawarkan variasi piza tersebut.
Diperbuat daripada adunan tepung (doh) asli tanpa melibatkan proses pembekuan, piza-piza Papa John's ditabur sekata dengan sos tomato dan dilengkapi 100 peratus daging tulen serta hirisan sayur-sayuran segar.
"Keistimewaan Papa John's terletak pada pemilihan dan penggunaan ramuannya. Kami menggunakan bahan yang bermutu tinggi dan formula ini menjadi keutamaan di Papa John's.
"Setiap bahan yang digunakan bagi menghasilkan sekeping piza Papa John's mesti dibasuh sebanyak dua kali dengan penuh teliti. Bagi kami, kualiti mesti ditekankan bagi memberikan produk yang terbaik kepada pelanggan," jelas Ketua Pembangunan Perniagaan Papa John's dan Wendy's Berjaya, Eric Leong.
Selain menghidangkan piza-piza istimewa, berteraskan kulit yang lembut dan ringan, Papa John's turut mengubah perisa pada piza signatur mereka menerusi penambahan bahan-bahan baharu.
Antara pilihan baharu di Papa John's ialah piza spicy Italian yang menggabungkan peperoni dan sosej pedas Itali bagi memberikan kepedasan berganda kepada tunas rasa. Hawai bbq beef pula dihasilkan dengan campuran ayam panggang, hirisan daging lembu, bawang, nenas dan disempurnakan dengan sos barbeku istimewa.
Kombinasi unik ketulan tuna, bawang, sos thousand island dan keju mozarela dalam adunan tepung segar menjanjikan nikmat keenakan tidak terhingga pada tuna meltz roll.
Lengkapi pengalaman gastronomi anda di Papa John's dengan merasai menu wajib untuk dicuba iaitu piza super papa's. Sajian signatur klasik tersebut mengadunkan peperoni, sosej Itali, gulungan ayam, cendawan, bawang, lada benggala hijau dan buah zaitun hitam.
"Tujuan kami membawa masuk Papa John's ke Malaysia adalah kerana kami tahu bahawa rakyat Malaysia mudah mengadaptasi makanan sebegini dan sangat bijak dalam menilai kualiti pada sejenis makanan," tambah Eric pada majlis perasmian cawangan Papa John's Pizza ke-23 di Jalil Link, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: