|
ANAK merupakan anugerah Allah paling bermakna buat pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Hakikatnya, kehadiran cahaya mata dalam kehidupan suami isteri mampu mengeratkan lagi kasih sayang antara mereka.
Melihat anak-anak membesar dengan cergas dan sihat di hadapan mata, sudah pasti menjadi detik yang membahagiakan buat golongan ibu bapa.
Malah, pada zaman teknologi yang serba canggih ini, setiap momen istimewa bersama insan-insan tersayang mudah dirakam sebagai kenangan masa hadapan.
Apatah lagi jika si cilik bijak bergaya di hadapan kamera atau mempunyai keletah tersendiri yang penuh menghiburkan.
Bagi mereka yang mempunyai anak berjiwa seni, rajin ke dapur atau gemarkan cabaran, inilah masanya untuk anda berkongsi bakat si comel bersama jenama susu tepung formula terkemuka, Nestle Nan Grow 3.
Ini kerana bermula 1 Oktober lalu, satu program pencarian bakat Nestle Nan Grow 3 Super kids telah dilancarkan di seluruh negara.
Buat pertama kali, ibu bapa yang mempunyai anak-anak berumur di antara tiga hingga enam tahun berpeluang untuk menghantar penyertaan si kecil mereka secara dalam talian, sekali gus merebut enam hadiah istimewa yang ditawarkan.
|
Apa yang penting, penyertaan tersebut mampu memberi pengalaman berharga buat si kecil dalam meniti kehidupan.
Melalui peraduan Nestle Nan Grow 3 Super kids ini, semua pemenang bertuah berpeluang untuk melalui sendiri pelbagai pengalaman yang menakjubkan. Peraduan ini menawarkan enam tempat untuk Super kids atau kanak-kanak super yang gemarkan cabaran, berkeyakinan dan penuh tekad.
“Kami percaya bahawa usus yang sihat adalah asas yang penting buat sistem imun yang kuat. Dengan pemakanan yang betul dan khasiat yang mencukupi, setiap Super kids mampu memenuhi potensi mereka.
“Peraduan ini menjadi bukti bahawa si kecil akan peluang untuk mengembangkan minat mereka dan berfikir tanpa sempadan tanpa mengira usia mereka” kata Pengurus Perniagaan Negara, Nutrisi Ibu dan Bayi Nestle Malaysia, Chandan Ghosh.
Sepanjang peraduan ini, selebriti terkenal tanah air, Adibah Noor bertindak sebagai pegawai pencari bakat Nestle Nan Grow 3 Super kids. Adibah akan turun padang bersama para pemenang bertuah untuk mencari yang terbaik dalam kalangan terbaik.
Oleh itu, jangan ketinggalan menyaksikan video pencarian bakat Super kids bersama Adibah di laman sosial Facebook dan sertai keriangan bersama-sama peserta yang lain.
Sekiranya si kecil anda gemar mengembara, minat seni atau suka membantu ibu di dapur, layari www.facebook/FirstSolidFoods dan klik pautan Nan Grow 3 Super kids. Tarikh tutup peraduan adalah pada 31 Oktober 2013.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: