- Lori yang digunakan menarik perhatian penduduk setempat.
Keadaan itu ternyata menarik perhatian penduduk terutama golongan muda untuk menyaksikan keunikan persembahan kugiran itu.
Dikenali sebagai Kugiran Bestari, ia dianggotai 10 orang dan diketuai oleh Md Zim Md Rejab, 61, dari Pulai, Baling.
Md Zim berkata, pemilihan lori sebagai pentas bukanlah dirancang, tetapi disebabkan tiada pentas di kawasan persembahannya itu.
Menurutnya, dia tidak menyangka keadaan itu ternyata menarik perhatian ramai.
“Pentas lori belum pernah buat lagi, baru kali ini sahaja, tak sangka pula mendapat perhatian ramai,” katanya selepas selesai persembahan sempena majlis perkahwinan di Taman Sheikh, Tawar, kelmarin.
Katanya, kumpulan kugirannya itu membawa irama lagu dangdut, slow rock, pop 60an termasuk lagu klasik.
“Alhamdulillah, masih ada lagi permintaan kugiran terutama ketika majlis makan malam, majlis perkahwinan dan pelbagai jenis majlis lain,” katanya yang juga pemain gitar kedua.
Kumpulan yang ditubuhkan sejak 1992 itu antara kumpulan kugiran utama di daerah ini dan banyak mendapat undangan untuk melakukan persembahan.
Antara antara penyanyi yang bersama kumpulan ini termasuklah ayah saudara kepada penyanyi terkenal Black Mentor iaitu Bakar Che Din.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: