EMAS bukan lagi dilihat sebagai aksesori perhiasan wanita semata-mata. Hari ini semakin ramai golongan lelaki turut menggilai emas untuk dijadikan pelaburan.
Tiada istilah rugi dalam konteks urusan jual beli emas biarpun harganya jatuh bergantung pada faktor harga pasaran semasa. Ini kerana, pelanggan yang bijak pasti cepat merebut peluang untuk membeli seberapa banyak emas yang mampu ketika harganya turun.
Apabila harganya meningkat, pemiliknya boleh mengaut keuntungan dengan menjualnya kembali.
Syarikat barangan kemas tempatan terulung, Habib kembali dengan rekaan terkini daripada koleksi Oro Italia yang mendapat sentuhan tukang emas berkemahiran tinggi dari negara tersebut.
Pengurus Perhubungan Awam Habib, Yasheedah Yashaiya berkata, permintaan pelanggan yang tinggi terhadap koleksi tersebut membuatkan pihaknya tampil dengan pelbagai rekaan terkini yang berbeza daripada rekaan yang ada di pasaran.
“Rekaan planet manik (beads planet) merupakan koleksi yang paling popular dalam kalangan pelanggan setia Habib.
“Mereka amat menyukai kehalusan pada setiap rekaan yang dihasilkan mengikut nama-nama planet. Setiap planet mewakili rekaan signaturnya yang tersendiri,” katanya ketika ditemui di bilik pameran Habib di Ampang, Selangor.
Tambahnya, koleksi Oro Italia Deepavali pula direka khas sempena perayaan berganda iaitu Deepavali dan Pesta Emas Habib yang berlangsung sejak 11 Oktober lalu hingga 3 November ini.
Terdapat kira-kira 200 rekaan unik Oro Italia antaranya, gelang tangan, bangle dan rantai leher menanti para pelanggan pada harga istimewa.
Koleksi yang laris bak pisang goreng panas itu dijual pada harga permulaan RM2,500 hingga RM18,000. Biarpun harga setiap rekaan Oro Italia adalah 12 peratus lebih tinggi daripada koleksi lain, ia tetap menjadi pilihan utama penggemar barangan emas kerana keunikan kilauan yang ada pada kalungan berkenaan.
Sebanyak 5,000 unit rekaan Oro Italia berjaya dijual pada musim perayaan lalu berbanding 2,000 unit pada bulan lain.
Koleksi terhad
Dalam pada itu, pelanggan di sekitar Lembah Klang bolehlah berkunjung ke bilik pameran dan jualan Habib yang terletak di The Curve, Damansara bagi mendapatkan koleksi terhad barangan kemas sempena sambutan praulang tahun Habib yang ke-55.
Promosi tersebut berlangsung selama 11 hari dan bakal berakhir pada 3 November ini. Pelanggan berpeluang menikmati potongan harga emas sehingga RM20 segram manakala potongan sehingga 80 peratus ke atas barangan berlian dan permata.
Difahamkan, Habib turut mengeksport rekaan eksklusifnya ke luar negara seperti ke Amerika Syarikat, Dubai, Korea dan beberapa negara Asia Barat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: