Wednesday, October 23, 2013

Pegawai TUDM dituduh tumbuk, sepak isteri

MOHAMAD HALIM dituduh mendatangkan kecederaan ke atas isterinya di Mahkamah Majistret Kuantan semalam.


KUANTAN - Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat kapten dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencederakan isterinya di Taman Indera Sempurna di sini pada 28 Julai 2011 lalu.
Mohamad Halim Kasbin, 38, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk dan menyepak Azrina Ahmad, 37, di rumah beralamat No. 19, Lorong IS 71, Taman Indera Sempurna di sini pada pukul 5 petang.
Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Majistret Jesseca Daimis membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000.
Tertuduh membayar wang tersebut.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: