Wednesday, October 16, 2013

Ais gergasi tawan Bukit Bintang

SEORANG wanita cuba memecahkan ketulan ais bagi mendapatkan ganjaran berupa syampu Clear Ice Cool Menthol.


PEJALAN kaki di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada minggu lalu dikejutkan dengan kemunculan sebuah arca ais bersaiz 274 sentimeter (cm) yang mengandungi puluhan botol syampu antikelemumur Ice Cool Menthol baharu daripada jenama Clear.
Ais gergasi berukir itu mula diletakkan di Plaza Sungei Wang pada 24 Ogos lalu sebelum dipindahkan ke Fahrenheit 88 pada keesokan harinya. Bagi menambah keterujaan, orang ramai turut diberikan alat pemecah ais sekali gus memberi peluang kepada mereka membawa pulang beberapa botol syampu terkini Clear tersebut.
Orang awam juga tidak melepaskan peluang bagi merebut hadiah utama berupa percutian lima hari empat malam ke Korea Selatan. Bagi memenangi ganjaran itu, para peserta perlu memasukkan tiga digit kod pada botol syampu masing-masing yang menjadi kunci kepada peti misteri yang diletakkan di tengah-tengah ais gergasi itu.
Selain hadiah utama itu, seramai 88 pemenang juga berjaya membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM30 manakala 188 individu menerima hadiah berupa perapi Clear.
"Syampu antikelemumur Ice Cool Menthol baharu Clear ini berfungsi sebagai penyejuk dan penyegar kulit kepala sepanjang hari. Bagi berkongsi keunikan keluaran baharu Clear ini, kami telah menghasilkan iglu tiruan di Berjaya Times Square pada bulan Julai lalu.
"Atas sebab yang sama, kami turut membina arca ais ini yang mengandungi banyak ganjaran menarik kepada orang ramai," ujar Pengurus Jenama Clear, Uniliver (M) Holdings Sdn. Bhd., Andrea Huang.
Tambah Huang: "Kelemumur merupakan masalah yang kerap dialami rakyat Malaysia apabila melibatkan soal penjagaan rambut. Oleh itu, menerusi teknologi 10 Nutrium terkini, Clear menawarkan penyelesaian terbaik kepada masalah ini."


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: