SEOUL - Telefon pintar pertama Samsung yang menampilkan skrin melengkung memasuki pasaran Korea Selatan semalam.
Pembekal perkhidmatan wayarles Korea Selatan, SK Telecom memberitahu, gajet Galaxy Round yang mempunyai skrin 14.4 sentimeter dan berbentuk sedikit bulat itu mula dijual pada waktu tengah hari.
Ia merupakan telefon bimbit pertama di dunia mempunyai skrin melengkung.
Menurut Samsung kelmarin, telefon pintar baharu itu dijual pada harga sekitar AS$1,000 (RM3,191).
Ia tidak menyatakan tarikh gajet yang dilengkapi sistem pemprosesan empat teras berkapasiti 2.3 GHz itu berada di pasaran global.
Telefon itu dilengkapi dengan sistem Android milik Google.
"Paparan Galaxy Round melengkung supaya ia mudah dipegang dan selesa apabila diletakkan di telinga dan pipi ketika bercakap," menurut syarikat SK Telecom dalam satu kenyataan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: