KUALA LUMPUR – Tiga buah pasar raya besar di sekitar Lembah Klang didapati menjual produk makanan luput tarikh dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) baru-baru ini.
Pengarah Komunikasi Resolusi Pertikaian dan Pengerahan Sumber FOMCA, T. Saravanan berkata, pihaknya menemui 75 produk tersebut hasil pemeriksaan dari 2 hingga 7 Oktober lalu.
“Ia melibatkan makanan sejuk beku, minuman, bakeri dan rempah-ratus. Kita juga menemui pelbagai barangan yang tidak mempunyai label luput tarikh pada bungkusan di tiga buah pasar raya besar terbabit.
“Kami kesal dengan sikap sesetengah pasar raya besar kerana tidak mengeluarkan produk yang telah luput tarikh itu dari rak jualan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: