Sunday, October 20, 2013

Rombongan pengantin cemas


KEADAAN bas membawa rombongan pengantin dari Johor yang terbalik selepas terbabas di Kilometer 104, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Gerai, Besut, Terengganu semalam.


BESUT – Seramai 27 penumpang termasuk seorang pengantin lelaki nyaris maut apabila bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer 104, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Gerai di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, bas yang disewa membawa rombongan pengantin tersebut dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kota Bharu, Kelantan.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas terbabit cuba mengelak sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dari arah Jerteh yang memasuki laluan bertentangan.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: