DILAHIRKAN dan membesar di Kuala Lumpur, pelakon Nur Kasih, Tiz Zaqyah jarang dapat merasai pengalaman beraya di kampung.
Apatah lagi, kebanyakan saudara maranya berada di ibu kota menyebabkan dia sekeluarga tidak pulang ke kampung.
Bagaimanapun, Aidilfi tri kali ini pastinya diingati Tiz kerana dia dapat beraya di kampung sebelah ibunya di Simpang Ampat, Melaka setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di sana.
“Seperti biasa, hari raya pertama kami masih lagi beraya di Subang. Kemudian, barulah bergerak pulang ke Melaka.
“Semua orang memang teruja dapat balik kampung. Tahun ini, raya saya memang lebih meriah,” kata anak bongsu dalam keluarga ini.
Sambutan tahun ini juga lebih bermakna buat Tiz kerana dia turut menziarahi rumah kekasih hati, Remy Ishak.
“Kebetulan pula kampung Remy juga di Melaka, jadi saya ambil kesempatan untuk beraya di rumah keluarganya.
“Jika tiada halangan, kemungkinan Remy juga akan menziarahi rumah saya di ibu kota,” katanya yang masih lagi mengekalkan amalan bermaaf-maafan di pagi raya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: