Saturday, August 18, 2012

Telinga Digigit Serangga Musnahkan Sambutan Syawal Asmidar

Asmidar

PETALING JAYA: Penyanyi Asmidar melalui pengalaman buruk apabila telinga di sebelah kanannya digigit sejenis serangga ketika menyambut Syawal di rumahnya di Melaka ketika berusia 10 tahun.

Asmidar atau nama sebenarnya Norhasmidar Ahmad, 26, berkata, hal itu membuatkan seluruh keluarganya membatalkan hasrat meraikan lebaran kerana terpaksa mencari klinik yang dibuka pada hari itu.

"Ia satu pengalaman yang agak tragis serta menyedihkan. Yalah, elok-elok saya dan saudara mara leka bermain bunga api di tepi pokok, tiba-tiba ada serangga gigit.

"Habis seluruh keluarga tidak dapat beraya gara-gara saya. Sudahlah, tidak ada klinik yang dibuka. Sampaikan ayah saya terpaksa merawat kesakitan saya dengan menggunakan minyak," selorohnya.

Tambah juara program “Vokal Bukan Sekadar Rupa” ini, peristiwa itu membuatkan dia lebih berjaga-jaga setiap kali bermain bunga api kerana risau sekiranya insiden itu berulang semula.

Sementara itu, bercerita mengenai sambutan Syawal pada tahun ia, ia merupakan pengalaman pertamanya sebagai seorang penyanyi.

"Perasaan menyambut Aidilfitri kali ini banyak bezanya kerana ia merupakan tahun pertama saya sebagai seorang penyanyi. Syukur Alhamdulillah, dengan rezeki lebih yang dikurniakan oleh Allah, saya mahu berbelanja besar untuk keluarga,” katanya yang berada di Kampung Gadik, Melaka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: