ALOR SETAR – Kompleks perniagaan bumiputera Pekan Rabu yang menjadi salah satu mercu tanda di bandar raya ini bakal tampil dengan imej lebih menarik dan suasana perniagaan yang selesa selepas projek pembangunan semula fasa ketiga siap menjelang tahun 2016.
Projek pembinaan semula yang bernilai hampir RM70 juta itu dilihat sebagai salah satu usaha untuk mengekalkan imej popular Pekan Rabu dalam kalangan pelancong tempatan dan asing di negara ini.
Bendahari Koperasi Pekan Rabu, Khamarul Bahrin Yusoff berkata, projek pembangunan semula itu penting bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh kompleks perniagaan berkenaan sejak ia mula dibina pada tahun 1930.
“Masalah ruang tempat letak kereta, sistem pengudaraan dan susun letak kedai merupakan antara masalah utama yang sentiasa diutarakan oleh para pelanggan dan peniaga di sini.
“Projek fasa ketiga ini akan melihat seluruh kompleks ini dirobohkan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan semula yang dijangka mengambil masa hampir dua tahun setelah ia dipersetujui dan mendapat kelulusan semua pihak,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: