Wednesday, August 22, 2012

Malaysia perlu lebih ramai pakar bius


MALAYSIA mengunjurkan jumlah pakar bius di negara ini akan meningkat kepada satu bagi setiap 30,000 penduduk pada tahun 2012. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Malaysia masih memerlukan pakar anestesiologi atau bius bagi menampung keperluan yang meningkat setiap hari.

Presiden Persatuan Pakar Bius Malaysia, Datin Dr. V. Sivasakthi (gambar kecil) berkata, nisbah doktor pakar anestesiologi atau pakar bius di Malaysia adalah satu kepada 45,000 penduduk.

“Sedangkan negara maju yang lain ialah satu nisbah 10,000,” katanya yang juga Ketua Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, kekurangan itu belum berada pada tahap kritikal dan dijangka dapat ditampung apabila 40 hingga 50 pelajar kedoktoran menamatkan pengajian setiap tahun.

Biarpun kadang-kala berdepan masalah kekurangan pakar, ia masih dapat diselesaikan menerusi pengurusan jadual yang tersusun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: