Thursday, August 9, 2012

Menu Ramadan lazat Red Box Ria


CHEF SAID menjanjikan sajian lazat untuk berbuka puasa di Red Box Ria, Sogo.


BAGI individu yang tidak sempat pulang ke rumah untuk berbuka puasa atau terperangkap dalam kesesakan jalan raya di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, anda mempunyai pilihan berbuka puasa di pusat hiburan keluarga, Red Box Ria yang terletak di aras lapan gedung beli-belah Sogo.

Menurut Chef Red Box Ria, Said Lapeso, setiap hari sebanyak 20 jenis hidangan utama yang terdiri daripada hidangan ala kampung dan masakan Barat disediakan.

Antaranya termasuklah tulang rusuk kambing masak kurma dan paha ayam panggang bersama sos kunyit. Pengunjung juga berpeluang menikmati daging rendang Minang, rebung lemak cili api, asam pedas ikan tenggiri, rendang tok mahupun tempoyak ikan senangin.

Bagi memenuhi selera berbuka, para pengunjung juga boleh mencuba hidangan pencuci mulut seperti ais batu campur, cendol pulut, bubur manis dan kuih-muih Melayu serta Nyonya.

Selain berbuka puasa, pengunjung juga berpeluang melunaskan tanggungjawab sosial kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi tabung Red Energy Charity Fund, Red Box mengumpulkan dana kebajikan untuk disalurkan kepada tabung Yayasan Nur.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: